Projek: Kolam Ikan Air Tawar
Pendahuluan
Cruby Sdn Bhd telah membuat kajian tentang projek kolam ikan air tawar yang akan dibina pada tanah yang terbiar iaitu seluas satu ekar untuk memanfaatkan para petani di kampung. Namun pihak syarikat telah meneliti beberapa masalah berikut yang sentiasa dihadapi oleh para petani iaitu:
Masalah:
- Musim
- Kemarau - Kolam ikan menjadi kering.
- Banjir - Kolam ikan dipenuhi air dan melimpah sehingga melebihi paras air yang ditetapkan.
- Suasana & Tenaga kerja
- Tidak sistematik seperti memberi makanan ikan tidak mengikut jadual
- Perlu menggunakan banyak wang untuk mengupah pekerja
- Kebersihan kolam sering diabaikan
Pihak syarikat telah membuat R&D untuk penyelesaian masalah-masalah berikut:
Idea:
- Musim
- Mencipta Water Level Management System yang akan menyukat paras air yang telah ditetapkan. Apabila paras air meningkat melebihi paras maksimum (banjir), flood gate akan dibuka secara automatik untuk membuang air yang berlebihan. Apabila paras air berada paras kurang daripada minimum (kemarau), water backup pump akan menyalur air ke dalam kolam ikan sehingga paras maksimum.
- Suasana & Tenaga Kerja
- Membina sistem automasi memberi makanan ikan mengikut jadual
- Membina pembersih air untuk menapis kekotoran pada sudut air keluar masuk.
Nama produk:
- iFishingPond
- 'I' adalah 'Intelligent' yang bermaksud bijak menguruskan kolam ikan secara automasi
Kelebihan produk:
- Dapat mengurangkan kos upah pekerja
- Dapat menjimatkan tenaga kerja
- Mengubah era petani moden yang berkebolehan menggunakan teknologi IT kepada pertanian
- Dapat mengelakkan masalah banjir dan kemarau
- Ikan dapat dijaga dengan sistematik
Strategi dan Potensi Pasaran
Target pasaran: Petani dan peternak ikan serta pemancing ikan
Pontensi Pasaran:
- Menuju ke arus globalisasi kolam ikan moden
- Peternak ikan atau petani yang terlalu sibuk perlukan kaedah ini
- Pemancing ikan akan dapat ikan yang berkualiti
Pelan Pasaran & Promosi:
- Bekerjasama dengan Jabatan Perikanan untuk mempromosikan produk ini
- Menggunakan media sosial
- Mengedarkan flyers tentang produk ini
Model Perniagaan
Strategi Teras: Strategi Bisnes
- Premis perniagaan yang berada di kawasan yang luas, tanah liat yang berpasir, sawah padi yang terbiar
Strategi Teras: Skop
- Keperluaan asas yang baik dalam kuantiti yang banyak, serta benih ikan dan plankton
Strategi Teras: Perbezaan Asas
- Sistem teknikal yang selalu digunakan adalah kaedah automasi. (Kebanyakan kolam ikan di Malaysia masih menggunakan kaedah manual)
Sumber Strategi: Teras
- Beroperasi selama 24 jam sehari, terbuka dan mempunyai fasiliti seperti tandas dan tempat beribadat
Sumber Strategi: Aset
- Premis pada satu tempat di mana ia boleh menyimpan banyak ikan, dan alatan-alatan
Rangkaian Perkongsian
- Pembekal
- Perkongsian
- Kerjasama bersama pesaing lain
Pelanggan: Sasaran
- Orang awam yang mempunyai hobi memancing ikan
- Agensi Kerajaan dan Swasta yang ingin membuka bisnes kolam ikan
- Petani dan peternak ikan
Pelanggan: Sokongan & Prestasi
- Sistem penambahbaikan sekiranya diperlukan
- Sistem keselamatan yang dipercayai
- Sistem bantuan 24 jam
Pelanggan: Struktur Harga
- Harga mengikut ukuran tanah
- Mengikut teknologi yang ingin dipasangkan
Pembentang : Adam, Mohamad Roslan, Muhammad Faiz.
Penilai Pembentangan : Sobery, Mohammad Hafizzuddin