WHAT'S NEW?
Loading...

Profil Usahawan Pilihan

Itthipat Peeradechapan
Pemilik

Tarikh Lahir
:
24 November 1984 (34 Tahun)
Pasangan
:
Praphatsorn Viriyakijnukul
Alamat
:
Lam Luk Ka, Pathum Thani, Thailand
Laman
:
http://www.taokaenoi.co.th

Latarbelakang Usahawan
Itthipat Peeradechapan atau lebih dikenali dengan panggilan Toba adalah jutawan muda yang berasal daripada Thailand merupakan pemegang Ijazah Jurusan Pentadbiran Perniagaan (Bussiness Administration) dari University of the Thai Chamber of Commerce. Tob yang terkenal dengan produknya Tao Kae Noi iaitu snek rumpai laut goreng yang telah boleh didapati di negara asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Japan, Taiwan dan Singapore.
Seperti kebanyakan remaja, Tob pada usia mudanya adalah seorang gamer dan sering menyertai pertandingan game di negara beliau. Hasil daripada duit yang dimenanginya, Tob memulakan perniagaannya dengan menjual buah berangan goreng dan telah mendapat sambutan yang baik oleh rakyat Thailand. Tob kemudiannya mengembangkan perniagaannya dengan menjual snek rumpai laut yang dimilikinya kini dan akhirnya beliau bergelar jutawan hingga ke hari ini.
Kisah kejayaan beliau mendapat perhatian ramai di negeri gajah putih itu sehinggakan kisahnya diadaptasikan ke sebuah filem yang berjudul ‘The Billionare’.
Poster filem ‘The Billionare’


Walaupun ramai orang mengetahui kisah kejayaan beliau, Tob juga pada awalnya sering gagal dalam setiap perkara yang dilakukannya. Tob juga pada awalnya memulakan perniagaannya dengan menjual ‘console game’ dan sering ditipu oleh peniaga-peniaga lain. Tidak mudah putus asa, Tob beralih kepada perniagaan makanan dan akhirnya ianya membuahkan hasil.

Produk Tao Kae Noi

 

Pada awalnya, Tob dan rakannya mencari strategi penjualan bagi melariskan produknya dengan melakukan beberapa eksperimen bagi mendapatkan resepi terbaik untuk produk agar memiliki rasa yang khas dan unik. Malangnya, jualan produk awalnya itu tidak begitu memberansangkan. Akhirnya Tob menemukan idea baru iaitu menjual rumpai laut goreng dan memulakan bisnes nya daripada bawah semula.
Tob juga mempelajari bagaimana caranya agar rumput laut gorengnya tidak cepat basi jika ia disimpan lama. Tob mempelajari begitu banyak perkara berkenaan rumpai laut untuk mengembangkan bisnes rumpai lautnya. Malah Tob telah mengeluarkan wang belanja yang diperolehinya untuk dilaburkan kepad produk rumpai tersebut.
Langkah awal yang dilakukan Tob adalah dengan memasakan produknya di 7-Eleven agak produknya boleh didapati diseluruh negara. Walaupun permintaannya itu ditolak 7-Eleven, beliau tidak berputus asa dan terus meyakinkan 7-Eleven agak produknya diterima di kedai 24 jam itu.



Pencapaian & Anugerah


Tao Kae Noi telah menjadi rumpai laut goreng terlaris di Thailand, bahkan produk ini telah memasuki pasaran asia serta mampu menghasilkan 800 juta bath setahun dan mempunyai pekerja sebanyak 2000 orang. Tob menjadi salah seorang jutawan termuda dirantau itu dan telah membuka lebih daripada 30 cawangan diseluruh negara gajah putih itu.

Hubungi

Bagi yang berminat untuk membeli produk Tao Kae Noi di Malaysia, bolehlah mengunjungi dimana mana pasaraya yang berdekatan anda.

Rujukan: