WHAT'S NEW?
Loading...
Sejarah Penubuhan - Cruby Sdn Bhd

Pada 9 Mac 2019, sekumpulan pelajar (Sobery, Adam, Mohamad Roslan, Muhammad Faiz, Mohammad Hafizzuddin) dari UTMSpace telah menubuhkan sebuah syarikat untuk memenuhi syarat pembelajaran bagi subjek matapelajaran IT Entreprenuership (USSD2762) Semester II Sesi 2018/2019.

Pensyarah bagi mata pelajaran IT Entreprenuership ialah Encik Nor Hashim Bin Abu Samah.

Sehubung dengan itu, kami sebagai pelajar diminta agar menubuhkan sebuah syarikat yang akan menjalankan pelbagai aktiviti di dalam dan di luar kuliah. Pada awal penubuhan, pelbagai nama syarikat telah diketengahkan oleh ahli kumpulan. Namun akhirnya, kata sepakat telah dicapai dan dipersetujui untuk memilih dan menggunakan nama "cruby" yang membawa maksud gabungan nama "c" iaitu code dan "ruby" yang mana merupakan bahasa pengaturcaraan.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat setiap pelajar dan membimbing mereka agar mendapat pengalaman dan selok belok liku-liku menjadi seorang usahawan yang mampu berdaya saing serta berwibawa.