10 Produk RnD
Produk: Jack O (Burger Nangka)
Jack O diperkenalkan di pasaran sebagai kepingan
burger berasaskan buah-buahan. Ia terhasil dari penyelidikan yang dijalankan
pakar penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr
Ibrahim Abu Bakar pada tahun 2013 dan telah melalui proses pembangunan dan
penyelidikan (R&D) selama dua tahun.
Biotrampil PLT telah dilantik sebagai pemilik
lesen tunggal untuk mengkomersialkan dan memasarkan produk inovasi unik ini.
Info lanjut sila Hubungi: Puan Nur Nadiah
Madon (Pengarah Operasi Biotrampil PLT)
Alamat:
Biotrampil PLT
Suite 1.1, Level 1,
UITM –MTDC
Technopreneur Centre,
UITM,
40540 Shah Alam, Selangor,
Malaysia.
Tel: +603
40108379
Facebook: JackOVurger
Instagram: Jackoburger
|
|
Produk: STAR
Kit Interactive Story Telling Kit
(Norma Engagement Multimedia Design Model)
Star Kit
merupakan aplikasi AR yang mengajar pelajar melalui penceritaan mengenai
nilai moral dan membantu pelajar agar lebih yakin menjalani kehidupan
mendatang.
Info lanjut sila Hubungi: Puan
Nadiah Suboh
(Project Manager)
Alamat:
AR REALITIMAYA SDN. BHD.
Innohub UPM Innovation Management
Centre 43400 Petaling - Sri
Serdang,Selangor Darul Ehsan.
Tel:
+6012 2620139
|
|
Produk :
Kit Bijak Wang
Kit Bijak Wang ini
merupakan kit pendidikan kewangan pertama di Malaysia yang mana mampu membina
keupayaan dan kemahiran pengurusan kewangan yang bijak serta berhemah.
Ia mengandungi 10 permainan interaktif yang santai dan disusun mengikut kesesuaian perkembangan kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun, selain dilengkapi dengan informasi dan langkah pelaksanaan bagi memudahkan ia diguna,” katanya.
Kit ini juga sesuai
digunakan sebagai bahan pengajaran di rumah atau sekolah dan aktivitinya
boleh dilakukan secara bersendirian, bersama rakan dan keluarga.
Terdapat 16 aktiviti di dalam kit ini termasuk buku panduan, kad imbas konsep wang, kad padanan mata wang, puzzle, diari wang saku, tabung pasang siap dan macam-macam lagi. Melalui aktiviti ini, ia juga menerapkan nilai-nilai murni seperti menderma dan sedekah melalui permainan Profesor Bijak Wang yang seakan-akan monopoli,
Info lanjut Sila Hubungi : Ms. Rozita Wahab
(CEO)
Alamat: Money
Genius Sdn Bhd
Innohub UPM Innovation
Management
Centre 43400 Petaling - Sri
Serdang,Selangor Darul Ehsan.
Tel : +6010 5297998 / +6018 6632280 (Ms.
Rozita Wahab)
Emel: bijakwang.edu@gmail.com
|
|
Produk: ORYGOLD™
ORYGOLD
adalah minuman kesihatan premium berasaskan beras perang cambah yang
mengandungi banyak bahan bioaktif semulajadi seperti GABA, Oryzanol &
ASG. Bahan ini sangat berkesan untuk turunkan & rendahkan kolesterol.
Ia juga
mengandungi pelbagai antioksidan dan zat mineral untuk membantu mendapatkan
kesihatan paling optimum.
Info lanjut sila Hubungi: Dr. Faizah Bakar
Alamat:
ORYGOLD Turun Kolesterol Ltd
East Wing, Unit
Agroteknologi, Off
Jalan Satelit UPM Serdang,
43400 Seri Serdang,
Selangor
Tel:
+6016 4446563
Sumber : https://www.orygold.com/index.html
|
|
Produk: Antoomann®
Antoomann®
ialah merupakan krim kegunaan harian yang diestrak dari isi ikan haruan. Ikan
haruan merupakan ikan air tawar. Kebiasaanya, ikan haruan dijadikan ubat
tradisional buat para ibu untuk membantu pemulihan segera luka selepas
bersalin.
Info lanjut sila Hubungi: Abdull Manan Mat
Jais
Alamat:
Abmanan Biomedical Sdn. Bhd.
7319 Jalan 18/11, Taman
Seri Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Tel:
+6010 2720463
Emel: ammatjais@atoomann.com
Sumber : http://atoomann.com
|
|
Produk: REMDII
Sensitive cream
REMDII
Sensitive cream membantu mengurangkan kegatalan, kesan terbakar dan membaiki
semula kulit yang bermasalah. Produk ini juga membantu dalam menyembuhkan
penyakit ekzema.
Info lanjut sila Hubungi: Dr Lai Wee Ting
Alamat:
Lipidware Sdn. Bhd. (1178933-V) - real science
TG-06, Jalan Maklumat,
MTDC-UPM,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Selangor, Malaysia.
Tel:
+6011 16200826 (Dr Lai Wee
Ting)
+6012 2903336 (Ms Leow Min
Min)
+6017 3319765 (Ms Peh Fen)
Emel: lipidware@gmail.com
|
|
Produk: Putra
Blok (Blok Berongga Kait Panca Tanggung Beban)
Putra
Blok merupakan hasil ciptaan penyelidik-penyelidik daripada Pusat Penyelidikan
Perumahan (HRC), Universiti Putra Malaysia. Ia adalah sistem binaan blok
berongga kait panca tanggung beban yang berinovatif dan direkabentuk untuk
memenuhi keperluan koordinasi modular yang sebahagian daripada konsep Sistem
Binaan Berindustri (IBS). Putra Blok terdiri daripada 3 jenis blok iaitu
stretcher, Corner dan half. Sistem binaan blok berongga kait panca tanggung
beban ini dipromosikan sebagai salah
satu teknik binaan yang lebih ekonomi berbanding binaan konvesional.
Putra
Blok dapat menghapuskan penggunaan lapisan lepaan. Blok-blok ini saling
bersambung melalui unjuran dan alur pada blok. Dengan ciri-cirinya yang
ringan dan menjajar diri akan
mempercepatkan susunan blok berbanding binaan konvensional yang menggunakan
lepaan dan mengurangkan bilangan pekerja.
Info lanjut sila Hubungi: Encik Azhar
Alamat:
Triple A Engineering Sdn Bhd
7319 Jalan 18/11, Taman
Seri Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Tel:
+6013 3991970
Emel: azhar@triple-a.my
Sumber : http://www.triple-a.my
|
|
Produk: MyOBE
(Outcome Based Education Management System)
MyOBE
merupakan aplikasi sistem pengurusan untuk Outcome Based Education (OBE). Ia
merupakan aplikasi sistem secara dalam talian (online) yang memantau secara
nyata & menghasilkan laporan mengikut keperluan yang dikehendaki dan
automasi.
Info lanjut sila Hubungi: Puan Nazila Yaacob
Alamat:
MIQEdusys Sdn. Bhd.
7319 Jalan 18/11, Taman
Seri Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Tel:
+6017 3862074
Emel: nazila.yaacob@gmail.com
Sumber : http://www.obeigims.upm.edu.my/myobe/
|
|
Produk: Fiber
Mastic Asphalt Technology (FMA)
Teknologi
Fibre Mastic Asphalt (FMA) yang tahan bebanan tinggi dan mempunyai jangka
hayat yang jauh lebih panjang.
Teknologi
ini mampu mengatasi masalah kerosakan jalanraya kerana ianya mempunyai
kapasiti untuk menampung kenderaan muatan berat serta meningkatkan ketahanan
jalan raya. Ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi di samping mengurangkan
kos penyelenggaraan.
Teknologi
yang menggunakan selulos fiber sebagai bahan pembinaan merupakan fiber yang
dihasilkan daripada bahan buangan domestik kelapa sawit atau dikenali dengan
nama NOVACELTM. Melalui kajian dan penyelidikan yang dijalankan, NOVACEL™
yang dihasilkan dalam bentuk gentian selulos dipertingkatkan kualitinya dan
sifatnya bagi menstabilkan campuran asphalt.
Antara
kelebihan yang bakal dinikmati melalui aplikasi teknologi ini di sini, jangka
hayat penggunaan jalan ini akan meningkat iaitu tujuh hingga sepuluh tahun
berbanding turapan biasa manakala pihak berwajib pula mendapat keuntungan
dari segi pengurangan kos penyelenggaraan dalam tempoh tersebut.
Info lanjut sila Hubungi: NOVAPAVE Sdn Bhd
Alamat:
NOVAPAVE Sdn Bhd
B.7.3 Taman Serdang
Perdana,
South City Business Park,
43300 Seri Kembangan,
Selangor, Malaysia.
Tel:
+6017 6250001
Fax :
+603 89417408
Emel: mail@novapave.com
Sumber : www.novapave.com
|
|
Produk: Urban
IntelligenT Mobile (Uitm) Autonomous Vehicle 1 (AV1)
Urban
IntelligenT Mobile (Uitm) Autonomous Vehicle 1 (AV1) merupakan kenderaan
tanpa pemandu. Reka cipta tersebut adalah hasil usaha 15 orang termasuk
pelajar dan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, serta Fakulti
Seni Lukis dan Seni Reka UiTM. Kereta tersebut diawasi, dikoordinasi dan
diintegrasi dengan menggunakan teknologi pengkomputeran dan komunikasi serta
kepintaran buatan (AI) yang selaras dengan perkembangan era Revolusi Industri
4.0.
Kenderaan
ini mampu mengenal pasti kedudukan semasa dan melakukan pemetaan laluan
dengan sendiri serta merupakan gabungan teknologi kenderaan elektrik (EV) dan
teknologi kenderaan autonomous (AV).
Info lanjut sila Hubungi: Dr. Juliana Johari (Ketua Projek Uitm
AV1)
Alamat:
Fakulti Kejuruteraan Elektrikal,
UiTM Shah Alam,
40450 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.
Tel:
+603 55211275
|