WHAT'S NEW?
Loading...

Rancangan Perniagaan


1.0 PENGENALAN

CRUBY Sdn Bhd bakal di wujudkan disalah satu premis yang dianggarkan siap pada tahun 2019. Perniagaan ini berstatus milikan tunggal bumiputra dan adalah menjadi hasrat kepada pemilik syarikat ini untuk mengembangkan ekonomi kaum bumiputra dan dalam masa yang sama mampu menyumbangkan kepada ekonomi negara. Aktiviti perniagaan ini syarikat ini bakal menyediakan kemudahan dan juga solusi kepada syarikat kecil yang berhasrat untuk memiliki kemudahan sistem untuk jabatan sumber manusia. Ianya juga bagi menyokong saranan kerajaan untuk Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0), dimana industry digalakkan untuk memiliki keupayaan teknologi, seperti automasi pada proses sedia ada, analisis dan juga big data.
Perniagaan yang akan dimulakan ini memerlukan pembiayaan daripada pihak MARA sebanyak RM 56,168.00 dan juga modal sendiri sebanyak RM50,000.00. Melalui pembiayaan ini, pemilik dapat memulakan perniagaan dengan membeli aset tetap, pembanggunan sistem dan juga keperluan lain untuk menjalankan perniagaan.
CRUBY Sdn Bhd bercadang untuk mengembangkan lagi perniagaan ini dalam masa lima tahun akan dating dengan mempunyai sistem dan skop yang lebih besar dan mampu menampung keperluan-keperluan syarikat besar tidak kira dimalaysia atau pun luar negara.




TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membentangkan rancangan perniagaan ini dengan lebih terperinci yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran perkhidmatan dan juga  kewangan  perniagaan  kepada pihak MARA. Ini dapat memberikan gambaran yang jelas dan menilai potensi perniagaan yang akan dijalankan. Pemilik  memohon pembiayaan sebanyak 56,168.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Enam Ribu Satu Ratus Enam Puluh Lapan Ringgit Sahaja), dimana sebanyak RM 50,000 (Ringgit Malaysia sepuluh Ribu sahaja) adalah wang pemilik sendiri, jangka dapat membantu  perniagaan agar merealisasikan cadangan perniagaan dan seterusnya menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan kompetetif dengan kehendak pasaran. Tempoh pembiayaan kewangan yang dipohon adalah selama satu tahun. Pembiayaan ini akan  digunakan untuk beberapa tujuan berikut: -

Membeli aset tetap RM   56,168.00
Modal pusingan. RM   50,000.00
3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan : CRUBY SDN BHD

Alamat Berdaftar : Petaling Jaya, Selangor

Alamat Operasi :        Petaling Jaya, Selangor

No. Daftar Perniagaan : Dalam proses
Tarikh Pendaftaran : Dalam proses

Tarikh Mula berniaga : Ogos 2019 

Aktiviti Perniagaan : Milikan Perkongsian

Modal Awal : RM 106,168.00


4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK
4.1 Pemilik 1

Nama : Sobery Bin Basri

Jawatan : CEO

Alamat tetap : Petaling Jaya, Selangor 

Bangsa / Agama :      Melayu/Islam

Pengalaman Kerja :      Programmer

Kursus dihadiri


Kursus
Tarikh
SharePoint online Workshop
2015
ASP.NET MVC 4 Web Applications
2017

4.2 Pemilik 2

Nama : Muhammad Faiz Bin Ahmad

Jawatan : COO

Alamat tetap : Shah Alam

Bangsa / Agama :      Melayu/Islam

Pengalaman Kerja :      Micro-Ctl Sdn Bhd

Kursus dihadiri


Kursus
Tarikh
Comptia a+
2017




4.3 Pemilik 3

Nama : Mohammad Hafizuddin Bin Mohd Zin

Jawatan : CFO

Alamat tetap : Kuala Lumpur

Bangsa / Agama :      Melayu/Islam

Pengalaman Kerja :      IT Technical, UITM

Kursus dihadiri


Kursus
Tarikh
Wordpress Startup
2017

4.4 Pemilik 4

Nama : Mohamad Roslan Bin Saidi

Jawatan : CTO

Alamat tetap : Kuala Lumpur

Bangsa / Agama :      Melayu/Islam

Pengalaman Kerja :      Content Capital - PHP Developer

Kursus dihadiri


Kursus
Tarikh
Joomla Day 2016 & 2017
2016
Startup & Developer
2017
DevHub
2018
Laravel Meetup
2018
RunCloud Meetup
2018

4.5 Pemilik 5

Nama : Mohammad Faiz Bin Ahmad

Jawatan : CMO

Alamat tetap : Kuala Lumpur

Bangsa / Agama :      Melayu/Islam

Pengalaman Kerja :      IT Engineer

Kursus dihadiri


Kursus
Tarikh
Comptia a+
2018
SKOP PERNIAGAAN

Aktiviti Perniagaan

Sistem Human Resource Management System (HRMS)

Khidmat Sokongan (6 Bulan atau 1 Tahun)

Change Request (Custom Requirement)

Potensi Perniagaan

Berdasarkan kepada pemerhatian pemilik, perniagaan ini mempunyai pontensi yang cukup besar untuk berkembang disekitar 10% pada tahun pertama dan akan meningkat pada tahun berikutnya antara 20% hingga 30% setahun. Melalui  usaha yang yang berterusan khidmat yang ditawarkan sentiasa dipastikan berada pada tahap kualiti yang tinggi. Lokasi kedai yang terletak ditepi jalan merupakan  kawasan  yang  strategik dan memberi kelebihan kepada premis kerana pelanggan dapat mengunjungi dengan mudah.


Industri 4.0 (IR 4.0) yang termasuk didalam pelan nasional akan menggalakkan industry untuk menggunakan teknologi dan secara amnya ianya dapat memberikan impak positif kepada pembangguanan negara.
RANCANGAN PENGURUSAN

Struktur Organisasi

Secara keseluruhannya struktur organisasi adalah seperti berikut: -

CRUBY SDN BHD


￿

Nota : Pekerja 1, Developer 1 dan Developer 2 akan diisi dalam masa terdekat.
Fungsi dan Tanggungjawab

CRUBY Sdn Bhd telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi pengurusan perniagaannya: -

Ketua Pegawai Eksekutif / CEO

Ketua pegawai eksekutif bertanggungjawab untuk menyelaraskan syarikat, baik secara dalaman mahupun secara luaran, dengan visi strategik syarikatnya. Teras kewajipan seseorang ketua pegawai eksekutif adalah untuk memudahkan urusan di luar syarikat semasa memandu pekerja dan pegawai eksekutifnya ke arah tujuan yang utama. Saiz dan sektor syarikat akan menentukan tanggungjawab lain yang tidak begitu penting. Seseorang ketua pegawai eksekutif perlu mempunyai keseimbangan daya usaha dalaman dan daya usaha luaran untuk membina sebuah syarikat yang boleh kekal.


Ketua Pegawai Operasi / COO


Mengarahkan, mentadbir , dan menyelaras aktiviti-aktiviti operasi dalaman organisasi selaras dengan dasar-dasar , matlamat, dan objektif yang ditubuhkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Lembaga Pengarah. Kepemimpinan dan mengarahkan fungsi yang berikut dan / atau unit perniagaan: operasi, sumber manusia , sistem maklumat , trafik , penyelarasan perniagaan baru, dan promosi agensi dan komunikasi. Membantu Ketua Pegawai Eksekutif dalam pembangunan dasar dan matlamat yang meliputi operasi , kakitangan, prestasi kewangan, dan pertumbuhan fungsi dan / atau unit perniagaan yang dinyatakan di atas organisasi.


Ketua Pegawai Kewangan / CFO


bertanggungjawab bagi melaporkan maklumat  kewangan syarikat yang tepat . Setiap pemegang saham dalam syarikat - termasuk pemegang saham, penganalisis, pemiutang, pekerja dan ahli-ahli pengurusan lain bergantung kepada maklumat kewangan tersebut. Ia adalah penting bahawa maklumat yang dilaporkan oleh Ketua Pegawai Kewangan tepat, kerana banyak keputusan yang dilakukan adalah  berdasarkan maklumat tersebut.


Ketua Pegawai Teknologi / CTO

Mewujud dan mengetuai pasukan kerja keselamatan pada syarikat serta membantu syarikat dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan pembangunanan serta keselamatan ICT. CTO juga adalah penasihat keselamatan bagi ICT syarikat 
disamping mampu menyelaras pembangunan dan pelaksanaan pelan latihan dan program kesedaran mengenai keselamatan ICT. CTO juga harus memastikan semua pengguna memahami dan mematuhi kehendak syarikat dari masa kesemasa.
. CTO haruslah memastikan semua keperluan organisasi (sumber kewangan, sumber pengguna dan perlindungan keselamatan) adalah mencukupi dan
Memastikan penilaian risiko dan program keselamatan ICT di dalam syarikat mengikut pekeliling yang berkuatkuasa.




Ketua Pegawai Pemasaran / CMO
CMO harus lah mampu mengenal pasti pasaran sasaran dan menganalisis trend pasaran semasa serta mengkaji keperluan dan kehendak pelanggan serta maklumat persaingan. CMO juga harus merangka dan melaksanakan pelan strategik untuk memenuhi permintaan pelanggan selain mengurus aktiviti bagi mempromosi produk.


Bidang Tugas Pekerja 1


Bertanggungjawab memastikan tugas-tugas am syarikat dengan menjalankannya dengan bijaksana, cekap dan berdaya kreatif yang tinggi agar kualiti ditahap yang memuaskan supaya perniagaan ini akan berkembang maju. 

Bidang Tugas Developer

seseorang yang mempunyai kebolehan atau keupayaan dalam menulis sesuatu atur cara ataupun perisian. Seseorang yang melaksanakan tugas atau bekerja dalam mengatur cara juga dikenali sebagai penganalisis atur cara. Developer juga dikehendaki menghasilkan segala kehendak pengurusan disamping dapat menghasilkan produk yang berkualiti dan digunapakai oleh industry.


Gaji dan Ganjaran
Anggaran gaji dan ganjaran pekerja untuk sebulan adalah seperti Jadual 1 di bawah.

JADUAL 1

JAWATAN
GAJI
ELAUN
KWSP
PERKESO
JUMLAH
PEKERJA
RM1,200.00
RM0.00
RM156.00
RM24.00
RM1,380.00
DEVELOPER 1
RM3,000.00
RM0.00
RM390.00
RM24.00
RM3,414.00
DEVELOPER 2
RM3,000.00
RM0.00
RM390.00
RM24.00
RM3,414.00




JUMLAH
RM8,208.00





Belanja Pengurusan

Bil
Jenis Perbelanjaan
Jumlah
(RM)
1
Sewa lot perniagaan
1,000.00
2
Air/Letrik
500.00
3
Telefon
100.00
4
Alatulis & belanja pejabat
50.00
5
Promosi
200.00
6
Pelbagai
100.00
7
Belian bahan mentah
500.00
8
Pengangkutan
200.00
9
Tol/ Parking
100.00
10
11
Majlis Pelancaran
Internet
500.00
1,000.00

Jumlah
4,850.00
Bagi pengurusan,perniagaan ini menganggarkan perbelanjaan dalam sebulan mengikut pelan  peningkatan  kapasiti perniagaannya adalah seperti Jadual 2 di bawah.















JADUAL 2


Strategi Pengurusan

Operasi perniagaan dan juga kakitangan  amat mustahak di dalam usaha memajukan perniagaan. Oleh itu perniaga telah mengatur beberapa strategi pengurusan seperti: -

Memberi bimbingan kepada pekerja supaya dapat mengwujudkan pekerja yang bertanggungjawab dan berdedikasi.

Ada hubungan yang baik diantara majikan dan pekerja dan semangat kerjasama untuk faedah bersama untuk menghasilkan kerja yang lebih  efisyen  dan  berdaya maju.

Memberi bonus berbentuk wang kepada pekerja setiap tahun jika mendapat keuntungan.

Menjaga kebajikan pekerja, seperti sakit, kematian dan masalah keluarga.



RANCANGAN TEKNIKAL /PERKHIDMATAN

Lokasi Premis

Bangunan : Rumah kedai 2 tingkat

Luas lantai : 22 X 75
Buatan : Konkrit Taraf Bangunan : Perniagaan Hak Milik : Bebas
Nama Pemilik : Puan Afieza
Kos sewa : RM 2,000.00
Kedudukan tapak : Kuala Lumpur, Pandan Indah


Kemudahan Asas Premis

Premis ini berdekatan dengan RHB bank pandan indah. lokasi strategik. Terdapat banyak kemudahan berhampiran. Terdapat 3 bilik dan 1 bilik air. 2 bilik ber hawa dingin. ruang tamu yg selesa berhawa dingin. 



















Mesin dan Peralatan yang Diperlukan

Aset tetap dan peralatan yang diperlukan melalui pembiayaan ini adalah seperti jadual di bawah.


Bil
Jenis/Modal
Harga/Unit
(RM)
Kuantiti
Nilai
(RM)
1
Single Intel Xeon E5, 6 Core 2.2GHz, 100Mbps Bandwidth, 32GB Memory

2,000.00
1
2,000.00
2
Vacum Cleaner
850.00
1
850.00
3
Air Condition
1200.00
1
1200.00
4
5
Pemadam Api
Peti Ais
1000.00
1000.00
1
1
1000.00
1000.00

JUMLAH
6050.00

6050.00
Kelengkapan Yang Diperlukan

Melalui pembiyaan kewangan yang dipohon peniaga memerlukan kelengkapan premis seperti di bawah:-

BIL
PERKARA
UNIT
HARGA PERUNIT
(RM)
JUMLAH (RM)
1
Network Installation
7
200
1400
2
Lain lain keperluan
1
2000
2000

Jumlah
8
2200
3,400


Senarai Pembekal

Bil
Nama & Alamat Pembekal
Bekalan
1
IPServerOne
A-1-1, Block A, Glomac Damansara, Jalan Damansara, Glomac Damansara, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Server
2
XSBP Sdn Bhd
G-18, Jalan Putra Perdana 5/1, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor
Network Installation
3
IKEA Malaysia
2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Perkakasan Pejabat
Carta Aliran Proses Kerja







Anggaran Pendapatan Bulanan

Anggaran yang disediakan di bawah adalah meliputi semua perkhidmatan yang diperolehi  melalui  proses perkhidmatan seperti berikut:-
BULAN
JUMLAH SYARIKAT
CAJ SERVIS DIKENAKAN (RM)
JUMLAH (RM)
JANUARI
10
150
1,500
FEBRUARI
50
150
7,500
MACH
100
150
15,000
APRIL
120
150
18,000
MEI
150
150
22,500
JUN
160
150
24,000
JULAI
170
150
25,500
OGOS
200
150
30,000
SEPTEMBER
260
150
39,000
OKTOBER
300
150
45,000
NOVEMBER
350
150
52,000
DISEMBER
400
150
60,000


Sewaan Sistem

Sebulan - RM150
Pendapatan setahun - 12xRM150 = RM 1,800.00


Strategi Perkhidmatan


Di antara strategi perkhimatan yang telah diatur  oleh  CRUBY SDN BHD adalah saperti berikut:

Menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan menangani segala masalah dan rungutan pelanggan sebagai panduan untuk meningkatan lagi pengetahuan dan kepakaran dalam bidang ini.
Menerima kerja mengikut keupayaan dan kapasiti yang mampu disiapkan sahaja untuk menjaga kualiti dan memastikan pelanggan menerima servis serta khidmat sokongan dengan harga yang berpatutan



PEMASARAN
Senarai harga bagi perkhidmatan

SISTEM HRMS Modules

Jenis
Harga Sebulan
(RM)
Recruitment
RM150
Onboarding

Performance Management

Administration

Workforce Management

Time Attendance

Absent And Leave Management

Learning And Development

Talent Mangement

HR Analytics



Perkhidmatan Sokongan

Jenis
Harga Sebulan
(RM)
Sokongan 8 Jam (Waktu Bekerja)
Termasuk Harga Sewaan Sistem
Sokongan 24 Jam (Termasuk Sabtu Ahad)
RM100


Nota: Senarai harga perkhidmatan sepenuhnya ada dipamerkan dilaman web.
Kumpulan sasaran

Syarikat kecil


Pasaran
Meliputi Kawasan industri :
Selangor
Kuala Lumpur
Seluruh Malaysia dan International

Saiz Pasaran


Berdasarkan daripada statistic yang dibuat, masih terdapat syarikat-syatikat kecil yang masih menggunakan proses manual bagi urusan sumber manusia. Jika di Selangor terdapat 4,000 syarikat, 70% daripada  jumlah  syarikat, adalah merupakan rumah syarikat kecil. Jika dikira hitung dapat dijangkakan saperti berikut: -


Bil.
Syarikat
10%
mengguna sistem
HRMS
Anggaran kos sebulan xRM150
Saiz pasaran setahun
4,000
Syarikat
400
Syarikat
RM
60,000.00
RM
720,000.00
Pesaing


Terdapat beberapa pesaing yang mempunyai ciri sistem yang sama di Malaysia. Tetapi dari segi harga CRUBY HRMS jauh lebih murah.

Syer Pasaran


Daripada saiz pasaran berjumlah RM 720,000 setahun, syer pasaran dianggarkan seperti berikut:-


Bil
Peniaga
%syer
pasaran
Jumlah syer
pasaran
1
4 Chief Officer

80%
RM 576,000.00
2
CRUBY SDN BHD
20%
RM 144,000.00

Jumlah
100%
RM 720,000
Strategi Pemasaran

Promosi

Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh  CRUBY SDN BHD bagi menawarkan dan memperkenalkan khidmatnya ialah: -

Memberikan khidmat yang lebih cekap ,pantas dan tepat.

Memberikan profil perniagaan kepada semua pelanggan.

Mengedarkan pamplet  dan broser.

Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan.


Harga


Penetapan harga yang ditawarkan mengikut kadar pasaran biasa  yang  ditetapkan  pesaing-pesaing  yang lain



ASPEK KEWANGAN

Kos Pelaburan Projek


PERKARA / MODEL
JUMLAH

A) PEMBELIAN ASET TETAP

Mesin & Peralatan
19,250,00
Rak & Ubahsuai
4,000.00
Pemadam api
Komputer x10
1,000.00
40,000.00

B) MODAL PUSINGAN

Stok Barang Permulaan
2,000.00
Sewa
1,000.00
Telefon
150.00
Elektrik & Air
500.00
KWSP & SOCSO
168.00
Alatulis
50.00
Pengangkutan
200.00
promosi
200.00
Tol & Parking
100.00
Pelbagai
100.00
Majlis Pelancaran
500.00

C) BELANJA PERMULAAN

Deposit Kedai
3,000.00
Deposit Server
1,500.00
Daftar Perniagaan
200.00
Lesen Majlis Perbandaran
300.00
Dokumentasi & Guaman
200.00
Latihan & Kursus
1,000.00


JUMLAH KOS PELABURAN PROJEK
56,168.00
Anggaran Aliran Tunai Dan Penyata Kewangan.

Oleh kerana premis ini merupakan sebuah perniagaan yang baru, maka anggaran penyata kewangan yang dibentangkan ini mengambil kira perkara-perkara yang berikut: -

Pembiayaan diperoleh dahulu sebelum kapasiti dapat ditingkatkan.

Anggaran Aliran Tunai dan Prestasi Kewangan disedikan selama 3 tahun selepas pembiayaan.

Belian daripada pembekal dibuat secara tunai atau bayaran tertundakurang 1 bulan

Penyediaan Anggaran Penyataan Pendapatan  mengambil kira susut nilai aset melalui kaedah garis lurus mengikut peratus susut nilai seperti berikut:-
~ Kelengkapan Pejabat – 10%
~ Aset Tetap – 20 %
~ Ubahsuai – 10%




10.0 JUSTIFIKASI DAN PENUTUP

Berdasar kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, perniagaan  amat  berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan yang menguntungkan.unjuran-unjuran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas mendapat pembiayaan adalah amat konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan masih di peringkat awal.

Peniaga telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi membolehkan perniagaan berjalan  dengan lancar. Oleh yang demikian, perniagaan RUBY SDN BHD amat optimis, yang perniagaan ini amat berdaya saing dan mampu berkembang di masa hadapan.

Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak institusi kewangan, kerana melalui cara ini sahaja perniagaan dapat dikembangkan.  RUBY SDN BHD amat berharap ia diberikan peluang untuk turut sama menjadi sebahagian daripada Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPP) yang berjaya di negara ini.