Mohamad Roslan bin Saidi
Usahawan Pilihan
Nadhir Ashafiq
Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama
The Lorry Online Sdn. Bhd.
12, Jalan MJ 14, Taman Industri Meranti Jaya, 47120 Puchong, Selangor
016-2992189
Latar Belakang Usahawan
Pemuda bernama
Nadhir Ashafiq Zainal Abidin ini merupakan graduan lulusan Degree in Accounting
dan Master’s in Finance daripada Curtin University, Perth, Australia. Memulakan
kerjaya pertama beliau sebagai Management Trainee di CIMB Investment Bank. Kemudiannya
Nadhir telah dilamar untuk menyertai Abda Aviation, sebuah firma logistik
udara. Jawatan yang dipegang oleh beliau di firma ini adalah Sebagai Finance
Manager.
Meminati Keusahawanan Dan Pelaburan
Sejak di bangku
sekolah lagi, Nadhir sangat meminati keusahawanan dan pelaburan. Malahan pada
ketika masih bersekolah beliau telah mula membaca buku-buku daripada Donald
Trump, Motley Fool dan Robert Kiyosaki.
Selepas
beberapa ketika minat beliau berkembang kepada buku-buku yang lebih kompleks
seperti Alchemy of Finance dan The Intelligent Investor. Minat beliau terhadap
keusahawanan dan pelaburan juga terus dipupuk dengan sering melayari laman web
Neopets.com. Nadhir juga telah mula berniaga secara kecil-kecilan sewaktu di
sekolah dan ketika di university seperti menjual ‘booster pack’ kad
Pokemon, menjual CD rakaman band sendiri, gelang USB, baju branded tiruan dan
lain-lain. Beliau juga turut berjinak-jinak dan belajar tentang pelaburan saham
dan futures.
Daripada Korporat Bertukar Kepada
Usahawan
Bekerja dengan
CIMB Investement Bank dan kemudiannya menyandang jawatan dengan gaji lumayan di
firma logistik udara menjadikan beliau selesa dengan gaya kerja korporat.
Namun begitu
jauh di sudut hati Nadhir tidak mendapat kepuasan bekerja kerana merasakan
beliau tidak dapat membuat perkara penting yang membawa perubahan bukan sahaja
kepada diri sendiri tetapi juga kepada masyarakat. Hidup beliau juga dirasakan
mendatar dan tiada cabaran. Disebabkan ini Nadhir telah mengambil keputusan
untuk melepaskan jawatan beliau dan meninggalkan bidang korporat pada Januari
2014.
Meskipun
keputusan ini tidak begitu diterima oleh keluarga, Nadhir bertekad untuk
meneruskan keputusan beliau ini.
Glokalise
Selepas melihat
bagaimana start up seperti
Instagram berjaya dijual dengan nilai yang tinggi, Nadhir turut mahu bersama
dan berada di dalam arus di mana para usahawan mampu membina perniagaan yang
mampu dijual pada harga berbillion ringgit.
Meskipun begitu,
ia tidaklah semudah yang beliau sangkakan. Start-up pertama
beliau iaitu aplikasi ‘Glokalise’
yang menyediakan ‘social network’ untuk pelancong,
pekerja asing dan pelajar di luar negara tidak memberikan kejayaan seperti yang
beliau harapkan.
Namun ini
tidaklah mematahkan semangat anak muda ini. Selepas merenung dan menganalisa
segala tindakan yang telah dilakukan, beliau merumuskan ia berpunca daripada
kesilapan berikut:
- Tidak turun padang untuk berinteraksi dan bercakap dengan pengguna sasaran. Ini kerana beliau merasakan aplikasi yang dibangunkan itu sudah cukup bagus dan sempurna. Sudah tentu akan ada pengguna yang memerlukannya
- Melaburkan duit terlalu banyak tanpa membuat MVP (minimum viable product). Ini menyebabkan masa beliau terbunag dan wang pelaburan beliau hangus.
- Produk (applikasi) yang dibangunkan sebenarnya tidak menyelesaikan masalah tetapi lebih kepada ‘nice to have’. Hakikatnya masalah boleh diselesaikan dengan mencipta group di Facebook.
Mula Membangunkan TheLorry.com
Setelah
menganalisa kesilapan yang telah beliau lakukan, Nadhir menjadikan itu sebagai
pengajaran yang perlu beliau pelajari. Nadhir memulakan langkah dengan
kesedaran bahawa industri logistik masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Malahan industri logistik juga masih beroperasi secara tradisonal dan manual,
tidak efisyen serta melibatkan pengurusan kos yang tidak berkesan. Lalu Nadhir
menetapkan visi beliau untuk membangunkan satu produk berasaskan teknologi yang
dapat menyelesaikan masalah logistik Menyedari operasi logistik adalah luas dan
meliputi udara, laut dan darat, Nadhir memilih untuk fokus kepada logistik di
darat. Ini kerana ia bukan saja merupakan yang paling mudah diuruskan tetapi
juga tidak memerlukan lesen dan perundangan yang ketat.
Dari sini pula,
Nadhir mengecilkan lagi segmen pelanggan beliau. Perlu memilih antara pelanggan
komersial dan individu, pemuda ini memilih segmen individu terlebih dahulu
kerana ia lebih mudah untuk beliau bermula pada ketika itu.
Melihat tempahan
lori sewa online sebagai MVP untuk bermula, Nadhir memulakan langkah dengan
modal sebanyak RM5000. Bagi beliau pada ketika itu perkara utama adalah
mendapatkan freelancer yang
dapat membina website pada kos yang minimal. Yang penting website tersebut
dapat berfungsi dengan baik. Itu sudah cukup baginya sebagai permulaan.
Turun Padang Sebagai Kelindan Lori
Untuk memastikan
beliau tidak mengulangi kesilapan yang sama, kali ini Nadhir mengambil
keputusan untuk turun padang dan merasai sendiri pengalaman menjadi kelindan
lori selama beberapa bulan.
Dengan cara ini
juga beliau dapat memahami perasaan dan pemikiran pemandu dan kelindan lori
serta apakah yang diinginkan oleh pelanggan yang menggunakan perkhidmatan
logistik.
Beliau turut
merasai sendiri pengalaman mengangkat peti sejuk ke tingkat 4 di sebuah flat
dengan menaiki tangga. Satu pengalaman yang mahal baginya kerana dengan ini
beliau mampu menerangkan kepada pelanggan mengapa upah mengangkat barang ke
bangunan yang tinggi dan tiada lif itu lebih tinggi sedikit berbanding kerja
mengangkut yang biasa.
Dengan turun
padang juga beliau dapat merasai sendiri berbagai kerenah pelanggan dan cara
menanganinya serta mendapatkan banyak maklumbalas yang boleh beliau gunakan
untuk memperbaiki MPV syarikat. Sewaktu turun padang, ia turut membuka peluang
untuk beliau berjumpa dengan syarikat-syarikat logistik dan pengusaha lori sewa
dan bertanya soalan berkaitan operasi, harga yang kenakan kepada pelanggan
serta masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain daripada itu, Nadhir juga
keluar bertemu dengan syarikat-syarikat yang mengiklankan servis mereka di
tiang lampu dan pokok, dan seterusnya dapat memahami situasi dan masalah
mereka. Pada mulanya agak sukar bagi beliau untuk meyakinkan syarikat-syarikat
logistik dan pengusaha lori sewa agar menyertai platform yang ditawarkan oleh
TheLorry.com. Namun setelah kisah tentang platform ini tersiar di Amanz dan
Kosmo! ditambah pula dengan beberapa track
record yang
berjaya dicapai, ia memudahkan beliau dan pasukan meyakinkan prospek mereka.
Sekarang
Sekarang ini
TheLorry.com tidak lagi hanya bertumpu kepada segmen pelanggan individu tetapi
juga telah berkembang ke segmen komersial yang terdiri daripada pelanggan
dikalangan freight forwarder, pengedar,
peruncit dan syarikat event.
TheLorry.com
juga telah meluaskan pasaran mereka melangkaui sempadan antara negara iaitu
Malaysia – Singapura dan Malaysia – Thailand melalui jaringan lebih daripada
800 buah lori dan van.
Pencapaian & Anugerah
Rujukan
Amanz - https://amanz.my/201476196/
The EdgeMarket - https://www.theedgemarkets.com/article/eservices-ondemand-truck-services